Nama : Abdul Rahman bin Sakhar Addusi Yamani Abdu Syam
Tempat Lahir : Dus, di negeri Yaman
Tarikh Lahir : 19 tahun sebelum Hijrah
Tarikh memeluk Islam : Pada 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berada di Khaibar.
Latar Belakang : Menjadi anak yatim sejak kecil. Kemudian menjadi salah seorang ahli Suffah di Madinah Al-Munarah.
Tarikh Wafat : Pada 59 Hijrah, ketika berumur 78 tahun.
Gelaran : Abu Hurairah (Bapa Kucing)
AKHLAK SAIDINA ABU HURAIRAH
(a) Taat kepada suruhan Allah dan Rasul
- Saidina Abu Hurairah pernah ditugaskan oleh Rasulullah sebagai penjaga gedung harta zakat dan beliau menjaganya dengan penuh amanah.
(b) Cinta akan ilmu
pengetahuan
- Beliau amat takut mempelajari dan menghafaz Al-Quran dan hadis walaupun hidupnya miskin.
- Beliau sentiasa mendampingi Rasulullah S.A.W. untuk menimba ilmu daripada baginda.
(c) Menghormati
ibu bapa
- Abu Hurairah bersedih atas perbuatan ibunya, sambil menangis beliau bertemu Rasulullah S.A.W. dan memohon baginda berdoa supaya ibunya mendapat hidayah.
(d) Mengasihi binatang
- Suka bermain - main dengan seekor anak kucing yang dimasukkannya ke dalam lengan baju.
- Beliau memelihara kucing tersebut di atas sepohon pokok pada waktu malam dan membawanya keluar bersamanya pada waktu siang.
SUMBANGAN SAIDINA ABU HURAIRAH
TERHADAP PERIWAYATAN HADIS
- Beliau terkenal sebagai seorang sahabat kepada Rasulullah S.A.W. yang paling baik meriwayatkan hadis iaitu sebanyak 5374 hadis.
- Seramai 800 orang murid telah datang mempelajari hadis daripada beliau.
- Kita dapat membaca hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam kebanyakan hadis seperti Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Al-Tarmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Ansa'i.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar